Rabu, 15 Oktober 2014

KEJAYAAN HARUS DICARI

SYED MOKHTAR AL-BUKHARY 

LATAR BELAKANG
Umur : 53 tahun
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM1,425 juta
Ranking : Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara

Antara syarikat miliknya :
·         MMC,
·         Pelabuhan Tg. Pelepas,
·         BERNAS,
·         Gardenia,
·         DRB-HICOM dan
·         Bank Muammalat

       Kereta : Proton Perdana
·         Sumbangan sosial: Yayasan Al-Bukhary,
·         Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,
·         Muzium Kesenian Islam,
·         Kompleks Al-Bukhary,
·         Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
·         Pengindahan Masjid Negara,
·         Sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami danMenaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
·         Masjid di Lapangan Terbang Senai,Johor


Bagaimana sumbangan sosialnya bermula:
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi(RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


Mutiara kata…..
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena     tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana,hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

usahawan berjaya

ANANDA KRISHNAN

                Atparanandam Ananda Krishnan (lahir 1938) merupakan usahawan yang kedua terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion. Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia,perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara. Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia Beliau tidak suka menonjolkan diri dan sentiasa memeliharakan profil yang rendah, akan tetapi kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.
                Dilahirkan di Brickfields yang merupakan "India Kecil" kepada Kuala Lumpur, Ananda ialah anak kepada sebuah keluarga Tamil daripada Sri Lanka. Sewaktu kecil, beliau seorang kanak-kanak gagap. Ananda belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Institut Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1964. Ananda pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu muda lagi. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelum tahun 1992 merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan (dealmaker) kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. Salah satu suku daripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian (loteri, pertaruhan perlumbaan kuda). Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.
                Pada masa Tengku Razaleigh Hamzah berada di kemuncak kekuasaannya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda kepada Dr Mahathir dalam tahun 1970-an. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir. Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuhkan Semangat 46, Ananda telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannya dengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun 1996.
                Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap sebagai kroninya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.
                Ananda membeli 46% daripada ekuiti Maxis daripada Telekom British, AT&T, Orange S.A., Belgacom and América Móvil dengan harga sebanyak AS$1,180 juta dan menaikkan hak miliknya menjadi 70%. Maxis ialah syarikat telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pengguna melebihi 8 juta, dan bahagian pasaran tempatan melebihi 40%. Ananda juga merupakan ketua Astro All Asia Networks Plc yang merupakan rangkaian televisyen berbayar yang sulung di Malaysia. Beliau juga mempunyai rangkaian pawagam multipleks yang memegang lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki sebahagian daripada TVB.com (cabang interaktif kepada penyiar utama di Hong Kong) dan arkib filem Shaw Brothers. Pada tahun 1996, Ananda melancarkan satelit perhubungan Malaysia yang sulung, berikut kemudian dengan satelit yang kedua, melalui syarikatnya Binariang Satellites Systems Sdn Bhd. Bagaimanapun, kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia Tenggara mengurangkan keuntungan syarikat itu dan memaksanya memberhentikan sejumlah pekerja-pekerja dan menangguhkan beberapa projek multimedianya. Ananda kini merupakan Rupert Murdoch Asia Tenggara. Apa yang membezakan Ananda daripada kroni-kroni yang lain ialah beliau telah berjaya mengumpulkan harta kekayaan berjuta-juta ringgit melalui usahanya di luar negara sebelum mengalihkan pandangan ke dalam negara.

USAHAWAN DAN RISIKO



Tiga langkah utama atasi risiko dalam perniagaan

Sebagai usahawan, kita tidak lari daripada membuat perancangan, sama ada perancangan jangka pendek mahupun jangka panjang. Melalui perancangan, usahawan mengharapkan segala yang dirancang akan memberi hasil seperti yang diharapkan. Namun demikian, kadangkala keputusan yang diperolehi tersasar daripada perancangan awal yang dibuat.
Usahawan harus mempunyai satu sifat yang terpuji iaitu sifat bersedia menghadapi segala risiko. Sifat untuk menerima sebarang risiko dalam perniagaan merupakan satu cabaran yang sangat kuat. oleh itu, pengurusan risiko adalah sangat digalakkan kepada usahawan supaya dapat menghadapi sebarang risiko dengan lebih tabah dan berkeyakinan. Persoalan yang selalu bermain difikiran aku semasa menceburkan diri salam dunia perniagaan diantaranya ialah:
  • Apakah risiko yang bakal akan dihadapai dan perniagaan sekali?
  • Bagaimanakah cara untuk menguruskan risiko?
  • Apakah terdapat strategi yang terbaik untuk mengatasi risiko dan perniagaan?

1. Kenal pasti risiko perniagaan

Jika usahawan gagal untuk mengenal pasti risiko yang bakal dihadapi dalam perniagaan, usahawan itu akan menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Oleh itu perkara yang utama yang perlu usahawan laksanakan adalah dengan mengadakan perbincangan bersama-sama dengan para pekerja , pasukan perniagaan, rakan perniagaan dan juga sesiapa yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam perniagaan yang dijalankan. Perbincangan ini dibuat adalah untuk mendapatkan pandangan serta maklumat daripada perspektif yang berbeza-beza. Melalui perbincangan ini juga, usahawan bakal satu maklumat yang berguna yang dapat menjangkakan risiko yang bakal dihadapi dan memberikan usahawan ini gambaran awal untuk lebih bersedia dengan langkah2 kontigensi.

2. Senarai risiko mengikut keutamaan

Seterusnya, usahawan perlu menyenaraikan risiko2 yang bakal dihadapai dalam menjalankan perniagaan. Ketika penyenaraian ini, usahawan digalakkan untuk menyenaraisemak melalui dua kriteria yang dilihat iaitu dengan menjangkakan kebarangkalian risiko berlaku dan kesannya kepada perniagaan. Untuk meletakkan ranking pada risiko ini adalah bergantung kepada jenis perniagaan dan industri yang diceburi. Usahawan dan juga pasukan perniagaan sendiri perlu menganalisa dan mengenalpasti risiko yang perlu diberi perhatian dan penekanan yang perlu diutamakan.

3. Hindari risiko

Andaikata usahawan telah meletakkan 30 potensi risiko yang bakal dihadapi, usahawan perlu mangambil keputusan mengenai risiko yang boleh dihindari dengan mengambil satu langkah proaktif yang terawal. Seperti kata pepatah melayu ” Sediakan payung sebelum hujan “. Dengan tindakan sedimikian aku yakin bahawa sebagai usahawan sesiapapun boleh menghadapi dan menghindari risiko secara yakin dan konsisten.

Kesimpulannya:

Usahawan yang menjalankan perniagaan sememangnya mudah terdedah denga pelbagai risiko dalam perniagaan. Ia banyak bergantung kepada kepakaran dan juga keinginan usahawan untuk memperjuangkan perniagaan yang telah diceburi. Di dalam bidang yang aku sedang ceburi dan hadapi sekarang, Oleh itu menjadi sebahagian inspirasi aku untuk membangunkan lebih ramai usahawan yang berjaya pada masa hadapan.

KENALI RISIKO


USAHAWAN BERJAYA

  1. Mark Zuckerberg
    Computer programmer
  2. Mark Elliot Zuckerberg is an American computer programmer and Internet entrepreneur. He is best known as one of five co-founders of the social networking website Facebook. Wikipedia
  3. BornMay 14, 1984 (age 30), White Plains, New York, United States
  4. Height5' 9" (1.75 m)
  5. SpousePriscilla Chan (m. 2012)
  6. ParentsKaren Kempner, Edward Zuckerberg

PERANAN USAHAWAN KEPADA NEGARA

Pengenalan Kepada Keusahawanan

       Usahawan = individu yang memulakan perniagaan, kreatif dan inovatif dan berusahasa mengembangkan secara berterusan
        Peniaga = individu yang menjalankan  aktiviti jual beli hanya untuk mendapatkan keuntungan



Peranan usahawan kepada diri sendiri:
·    Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup
·   

Membangunkan potensi diri
            dan ciri-ciri positif  - kreaiviti, gigih, mahir, ketrampilan, berdikari, yakin diri,                                                    
                                               tidak mudah berputus asa, berdaya maju
·    Membangunkan aspek kerohanian – sabar, syukur, dermawan (zakat, sedekah, derma)

Peranan usahawan kepada keluarga:
·    Meningkatkan taraf hidup dan kesejahterraan keluarga (keselesaan, kesihatan, pendidikan)
·    Mewujudkan peluang pekerjaan kepada ahli keluarga
·    Meningkatkan status sosial
-   Keluarga yang berjaya dalam keusahawanan dipandang tinggi,
-   dihormati kerana sumbangannya

Peranan keusahawanan kepada masyarakat:
·    Mewujudkan peluang pekerjaan
·    Meningkatkan taraf hidup
-   Upah/ gaji dapat memenuhi keperluan dan kehendak untuk hidup selesa
·    Mewujudkan dan mempelbagaikan pilihan barangan
-   jugak menghasilkan teknologi baru
-   dan produk baru melalui kreativiti dan inovasi
-   kehidupan masyarakat lebih selesa dan mudah
·    Melahirkan masyarakat madani

Peranan keusahawanan kepada pembangunan negara

·   Pemangkin kepada pembangunan negara:
Kegiatan keusahawanan membulehkan usahawan menggunakan sumber-sumber dengan berkesan dan menambahkan nilai  sumber-sumber tersebut. Contohnya kawasan terbiar diusahakan menjadi kawasan rekreasi, seterusnya menjadi pemangkin pertumbuhan perhotelan, kompleks membeli belah dan perbankan.
·   Meningkatkan pendapatan negara
Kegiatan keusahawanan menghasilkan cukai yang menjadi pendapatan penting kepada sesebuah negara. Meliputi cukai jualan, duti eksport, duti import, duti eksais, cuykai pendapatan, cukai syarikat dan lain-lain.
·   Mengurangkan pergantungan kepada negara luar:
Kegiatan keus ahawanan boleh membangunkan pelbagai jenis industri yang menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan. Masyarakat dapat menikmati produk tempatan dan mengurangkan mport produk yang lebih mahal.
·   Meningkatkan pertukaran wang asing:
Kegiatan keusahawanan membolehkan banyak jenis produk untuk dieksport. Ini memang menghasilkan pendapatan kepada negara dari segi pertukaran wang asing. Industri pelancongan semistinya meningkatkan pertukaran wang asing.