SYED MOKHTAR AL-BUKHARY
LATAR BELAKANG
Umur : 53 tahun
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM1,425 juta
Ranking : Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia
Tenggara
Antara syarikat miliknya :
·
MMC,
·
Pelabuhan Tg. Pelepas,
·
BERNAS,
·
Gardenia,
·
DRB-HICOM dan
·
Bank Muammalat
Kereta : Proton
Perdana
·
Sumbangan sosial: Yayasan Al-Bukhary,
·
Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,
·
Muzium Kesenian Islam,
·
Kompleks Al-Bukhary,
·
Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
·
Pengindahan Masjid Negara,
·
Sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami danMenaja
setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
·
Masjid di Lapangan Terbang Senai,Johor
Bagaimana
sumbangan sosialnya bermula:
Bila mana ibunya
menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah
syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi(RM750.00) ibunya
simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke
surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ
bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali
hari ini.
Mutiara kata…..
1. Ada sebab
kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja
kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk
anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan
know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan
orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui
kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik
semata-mata.
3. Tiada apa-apa
rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga.
Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang
membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka
berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya
mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan
minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah
jalan yang kekal.
5. Kita perlu
menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan
mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan
untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga
kepentingan kita.
6. Saya sedih
melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan
sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat
dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk
memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada
jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya
juga biasa kena tipu.
10. Saya pun
suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya
pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana,hendak pakai
baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun
sampai larat mana?
Andaikata usahawan telah meletakkan 30 potensi risiko yang bakal dihadapi, usahawan perlu mangambil keputusan mengenai risiko yang boleh dihindari dengan mengambil satu langkah proaktif yang terawal. Seperti kata pepatah melayu ” Sediakan payung sebelum hujan “. Dengan tindakan sedimikian aku yakin bahawa sebagai usahawan sesiapapun boleh menghadapi dan menghindari risiko secara yakin dan konsisten.
.jpg)